Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama asal kampung Padang Kubu adalah Kampung Kubang Hulu. Nama kampung ditukar Padang Kubu setelah dibuka untuk perladangan kelapa sawit. Kampung Padang Kubu ini diterokai pada akhir tahun 1960an manakala perladangan dibuka pada awal tahun 1970an.
Buroh yang di ambil dari Kelantan dan orang yang tinggal di luar Bandar Negeri Terengganu. Di sini didirikan kilang kelapa sawit nombor dua terbesar di Malaysia. Selepas kilang sawit ini di dirikan, buroh-buroh dari Indonesia, Bangladesh dan Myamar di bawa masuk ke kampung Padang Kubu ini.
Sekarang di kampung Padang Kubu ini terdirinya sekolah rendah, asrama, pondok polis, klinik kerajaan dan yang terbaru perumahan rumah mampu milik yang dibina untuk penduduk tempatan disini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024BASIC ICT CLASS : MS OFFICE : MAKING NOTES AND ORGANIZER BY USING MICROSOFT OFFICE POWERPOINT & CANVA
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2024Selain itu, Canva dan Powerpoint juga mengajarkan pelajar cara persembahan yang lebih baik....baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS : MICROSOFT OFFICE POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 9 Julai 2024Microsoft Office PowerPoint memberi peluang kepada guru untuk menjadi lebih kreatif dalam penyampaian pelajaran. ...baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS : MICROSOFT OFFICE WORD
Aktiviti Terkini | 19 Jun 2024Kelas Microsoft Word yang diadakan adalah untuk membuat teks, mengedit, dan memformat dokumen teks....baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS : MICROSOFT OFFICE POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 7 Mei 2024Meningkatkan kemampuan membuat persembahan yang menarik dan profesional....baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS : MICROSOFT OFFICE EXCEL
Aktiviti Terkini | 16 April 2024Kelas asas Microsoft Excel adalah progam yang di gunakan untuk mengorganisasi, menganalisis dan menghitung data secara efisien....baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS : MICROSOFT OFFICE WORD
Aktiviti Terkini | 9 Mac 2024Kelas asas Microsoft Office Word untuk di praktikkan untuk kerja-kerja di pejabat....baca selanjutnya
HARI BERSAMA AGENSI KWSP, TABUNG HAJI & PADU KOLABORASI BERSAMA JPKK PADANG KUBU
Aktiviti Terkini | 26 & 27 Februari 2024Kaunter Tabung Haji...baca selanjutnya
PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA BERSAMA EYERIS OPTOMETRI
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2024Program bersama komuniti ini di anjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Padang Kubu berkolaborasi dengan Eyeris Optometri Kemaman...baca selanjutnya
MISI KOMUNITI PRIHATIN
Aktiviti Terkini | 9 Februari 2024Persiapan Tempat Jualan Rahmah...baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK CYBERSAFE BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS KG. GELIGA
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2024Taklimat Klik Dengan Bijak Cybersafe....baca selanjutnya
PROGRAM PENDAFTARAN PADU BERSAMA JABATAN PERANGKAAN (DOSM)
Aktiviti Terkini | 19 & 20 Januari 2024Kaunter Pendaftaran PADU...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya