AKTIVITI MEMASAK BUBUR ASYURA BERSAMA JKKK DAN PENDUDUK KAMPUNG PADANG KUBU
07/11/2015 | RabuAktiviti bulanan pada bulan ini adalah gotong royong memasak bubur asyura bersama JKKK dan penduduk kampung Padang Kubu. Gotong royong memasak bubur asyura sebanyak empat kawah dan diagih kepada semua penduduk setelah masak. Aktiviti memasak bubur asyura ini diadakan setiap tahun oleh JKKK dan penduduk kampung di sini.
Aktiviti memasak bubur asyura ini di rasmikan oleh mantan Menteri Besar Terengganu iaitu Dato Ahmad bin Said. PI1M Padang Kubu memberi sedikit sumbangan kepada JKKK iaitu sebanyak RM50.00 untuk aktiviti tersebut.
Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dan mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan pengguna Pi1M Kg Padang Kubu.
kembali ke halaman utama