HARI TERBUKA PI1M PADANG KUBU

28 Mei 2016 | Sabtu

Aktiviti pada bulan Mei ini Pusat Internet 1 Malaysia Padang Kubu dengan pihak Digi telah mengadakan hari terbuka PI1M. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut seperti sukaneka kanak-kanak dan orang dewasa, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, online game, pertandingan gubahan untuk wanita, jualan telefon oleh pihak digi dan lain-lain lagi.

Selain itu, PI1M juga membuka kepada semua penduduk disini untuk mendaftar ahli pusat internet secara percuma seramai 100 orang yang terawal datang pada hari tersebut. PI1M juga ada menyediakan makan tengah hari kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Program ini dapat mengeratkan hubugan PI1M dengan penduduk disini dan berharap lebih ramai penduduk datang untuk menggunakan perkhidmatan disini.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Sekian terima kasih.





Kembali ke halaman utama