JAMUAN HARI RAYA DAN PERTANDINGAN MELUKIS BENDERA DI PI1M PADANG KUBU

Sabtu | 6 Ogos 2016

Sempena bulan perayaan aidilfitri dan kemerdekaan, PI1M mengadakan sambutan merdeka raya di PI1M. Jamuan diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan aidilfitri. Disamping itu, kami turut mengadakan pertandingam melukis bendera Malaysia dan mengetahui maksud disebalik bendera Malaysia seperti jalur 14 melambangkan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia, biru melambangkan perpaduan, merah melambangkan keberanian, putih melambangkan kesucian dan kuning beserta bulan dan bintang melambangkan kedaulatan raja berpelambagaan. Menggunakan aplikasi paint, pertandingan ini dapat mengasah bakat dan mengaplikasi apa yang telah diajar semasa kelas ICT di PI1M. Ia turut melahirkan semangat patriotik di kalangan pelajar.


Jumlah Yang Hadir : 20 Orang++
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan



Kembali ke halaman utama