AGIHAN SIM DIGI PERCUMA KEPADA PELADANG & BURUH KILANG TDM PLANTATION

Aktiviti terkini | 16 Julai 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Gong Chengal

Tujuan :
• Memberi kemudahan capaian internet melalui simkad yang diberikan kepada agensi dibawah TDM Plantation melalui Pusat Internet dibawah kelolaan Digi.
• Menyambut baik program yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) dan Digi Telecommunication Sdn Bhd untuk program m@MYAgro.
• Menjalankan program di Pusat Internet bersempena dengan Majlis Perasmian Kilang Bio-Organik dan Perumahan Pekerja Oleh Menteri Besar Terengganu yang diadakan dihadapan balairaya J3K Padang Kubu.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.

Kelebihan :
• Komuniti diberi pendedahan tentang fungsi dan aktiviti Pusat Internet ditubuhkan di serata daerah Kemaman
• Memperkenalkan dan memudahkan pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Pusat Internet