PENDAFTARAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL

Aktiviti terkini | 10 Julai 20200

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Padang Kubu

Tujuan :
• Membantu golongan ibu tunggal mendapat bantuan khusus daripada kerajaan mengikut saluran yang betul.

Kelebihan Aktiviti :
• Salah satu insentif yang telah diumumkan di dalam Pelan Jana Ekonomi (PENJANA) ialah pemberian wang tunai one-off kepada ibu tunggal di Malaysia sebanyak RM300.
• Pemberian wang tunai ini dijangka akan disalurkan terus ke akaun para ibu tunggal yang telah membuat permohonan sebelum Hari Raya Aidiladha.
• Pemberian bantuan ini diharap mampu memberikan kelegaan kepada ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
• Pemberian bantuan ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.