BENGKEL SHOPEE X PIK KEMAMAN

Aktiviti terkini |21 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Siaran Langsung di Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman
Tujuan :
• Menjayakan Program Kluster Kemaman bagi bulan Ogos 2021
• Menggalakkan penglibatan penonton dalam program PUPUK@Shopee yang dijalankan oleh MCMC
• Memberi galakan kepada penonton untuk berdaftar di bawah PIK Kemaman untuk menyertai program PUPUK@Shopee
• Menggalakkan penonton menggunakan platform e-dagang Shopee untuk perniagaan secara atas talian.
• Memberi panduan untuk mencipta akaun di Shopee sebagai penjual dan memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan kelebihan yang ada di platform tersebut
• Melahirkan usahawan digital yang celik IT dan menambah kemahiran usahawan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Minggu 1 : Topik 1, 2 & 3 iaitu Pengenalan PUPUK@Shopee, Persediaan Kedai di Shopee & Seller Centre.
• Disampaikan oleh petugas PIK Bukit Anak Dara, PIK Binjai & PIK Pasir Gajah
• Minggu 2 : Topik 4 iaitu Pesanan.
• Disampaikan oleh petugas PIK Bukit Kuang, PIK Felda Cerul & PIK Kg Baru Kemasik
• Minggu 3 : Topik 5 iaitu Pusat Pemasaran
• Disampaikan oleh petugas PIK Padang Kubu, PIK Kg Gong Chengal & KOIL
• Minggu 4 : Topik 6 iaitu Kewangan
• Disampaikan oleh petugas PIK Kg Geliga, KCC & PIK Felda Kerteh 5

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti:
• Memberi peluang kepada peserta untuk beraktiviti walaupun dalam tempoh PKP.
• Mempromosikan aktiviti yang diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Kemaman.
• Memperkenalkan Pusat Internet Komuniti Kemaman dan media sosial PIK.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.