PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Aktiviti terkini |16 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Geliga
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini bertujuan untuk memberi penghayatan tentang fadhilat bulan Ramadhan yang mulia dan juga penghayatan peristiwa Nuzul Al-Quran.
• Selain itu, program ini diselitkan dengan bacaan surah Al-Waqiah bagi memperolehi keberkatan Ramadhan.

Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi di kalangan komuniti setempat.
• Penerangan peristiwa Nuzul Quran.
• Menerangkan amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan dan juga untuk mendapat Malam Lailatul Qadar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Sesi taaruf antara staf PEDi bersama tetamu yang hadir
• Pembuka majlis serta bacaan doa
• Bacaan Surah Al-Waqiah
• Pengisian Tazkirah Fadhilat Ramadhan dan Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh penceramah Ustazah Adzha (Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman)
• Sesi soal jawab
• Memperkenalkan sudut promosi produk usahawan PEDi Kluster Kemaman
• Pembahagian cenderahati dan kurma kepada para tetamu yang hadir
• Sesi bergambar serta majlis bersurai

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti:
• Merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti.
• Menjadikan PEDi sebagai tempat rujukan atau sumber ilmu.
• Dapat menyemarakkan bulan Ramadhan yang di sambut sekali setiap tahun.

Nama VIP:
Ustazah Nurul Adzha Ghazali, Ketua Wanita ISMA Kemaman

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.