KARNIVAL CAKNA KOMUNITI

Aktiviti terkini |22 September 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Padang Kubu
Ringkasan Aktiviti :
• Tujuan program ini di jalankan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara Malaysia di kalangan komuniti setempat.
• Program ini juga di jalankan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Komuniti Padang Kubu, Sungai Mas dan juga Tebak.

Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi di kalangan komuniti setempat.
• Mewujudkan rasa cinta pada negara dan semangat patriotik dalam diri masyarakat sempena Hari Malaysia.
• Menjalinkan kerjasama antara PEDi dan agensi kerajaaan dan swasta.
• Menjalinkan kerjasama antara PEDi dan JKKK Kampung Padang Kubu, Kampung Sungai Mas dan juga Tebak.
• Menghasilkan usahawan yang berdaya saing dan meningkatkan produktiviti usahawan setempat melalui Program Usahawan PEDi yang dijalankan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Majlis bermula pada jam 9.00 pagi – 5.00 Petang.
• Terdapat pelbagai pertandingan Sukan Rakyat yang di jalankan seperti Tembikai Gantung, Passing Air, Cari Gula-gula Dalam Tepung, Tiup Bola Ping-pong Dalam Gelas, Kupas Buah Epal, Bowling Nyiur, Dart Belon dan Teka Biji Betik.
• Disediakan juga booth Pemeriksaan Kesihatan Percuma (PEKA B 40) oleh Klinik Hijraa dan juga Pemeriksaan Mata oleh Efkeyo Optometry.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti:
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi
• Memupuk semangat cintakan negara di kalangan remaja.
• Menjadikan PEDi Padang Kubu sebagai hub atau perantara diantara komuniti setempat dengan Agensi Kerajaan dan Swasta.
• Menjalinkan hubungan erat di antara komuniti dengan staf PEDi dan juga JKK Kampung

Nama VIP:
• Encik Shardi Bin Draman

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.