Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama asal kampung Padang Kubu adalah Kampung Kubang Hulu. Nama kampung ditukar Padang Kubu setelah dibuka untuk perladangan kelapa sawit. Kampung Padang Kubu ini diterokai pada akhir tahun 1960an manakala perladangan dibuka pada awal tahun 1970an.

Buroh yang di ambil dari Kelantan dan orang yang tinggal di luar Bandar Negeri Terengganu. Di sini didirikan kilang kelapa sawit nombor dua terbesar di Malaysia. Selepas kilang sawit ini di dirikan, buroh-buroh dari Indonesia, Bangladesh dan Myamar di bawa masuk ke kampung Padang Kubu ini.

Sekarang di kampung Padang Kubu ini terdirinya sekolah rendah, asrama, pondok polis, klinik kerajaan dan yang terbaru perumahan rumah mampu milik yang dibina untuk penduduk tempatan disini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SAYANGI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 30 Disember 2017

Aktiviti ini dapat menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan PI1M dan melahirkan individu yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti....baca selanjutnya

KEMPEN PEMERIKSAAN MATA BERSAMA EYERIS OPTOMETRI KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 10 November 2017

Kempen ini ialah membuat pemeriksaan mata secara percuma serta nasihat daripada pakar mata dan mempromosikan produk daripada Kedai Cermin Mata Eyeris Optometri Kemaman...baca selanjutnya

KEMPEN HOUR OF CODE (HOC)

Aktiviti Terkini | 09 November 2017

Tujuan kempen ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer, meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer dan menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEK. KEB. PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2017

Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan kepada pelajar SK Padang Kubu tentang keselamatan berinternet, Mobile Ewaste & Check Your Label. ...baca selanjutnya

ADVOKASI DI TERENGGANU ADVANCE TECHNICAL INSTITUTE UNIVERSITY COLLEGE

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Pusat Internet 1Malaysia Daerah Kemaman telah mengadakan Program Advokasi di TATIUC, Kijal untuk pelajar-pelajar institusi berkenaan...baca selanjutnya

MAJLIS PENYERAHAN MOU FROG VLE SKPK BERSAMA PI1M PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2017

Menerusi Projek 1BestariNet, setiap guru dan pelajar akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi untuk melayari laman web Frog. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon agar semua murid yang berdaftar untuk penggunaan internet dan internet di PI1M Padang Kubu dikecualikan daripada cas penggunaan internet selama satu jam sehari untuk kemudahan pelajar. Sebagai langkah persetujuan mencapai persetujuan perkara tersebut, pihak sekolah akan mengadakan majlis penyerahan MOU bersama dengan Pusat Internet 1 Malaysia....baca selanjutnya

WARNA-WARNI AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Program Warna-warni Aidilfitri ini mempelawa ahli PI1M Padang Kubu turut serta meraikan perayaan Hari Raya dan mengeratkan silaturrahim serta bermaaf-maafan diantara satu sama lain...baca selanjutnya

SEMARAKKAN AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017

Banyak aktiviti yang dijalankan sempena meraikan Aidilfitri antaranya ialah Pertandingan Mewarna-warni Aidilfitri yang disertai oleh pelajar Tabika Gemilang Padang Kubu, Pertandingan DIY Sampul Duit Raya, Pertandingan Kahoot Aidilfitri dan banyak lagi aktiviti lain yang telah dijalankan...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2017

Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat, mempelbagaikan aktiviti anjuran PI1M Padang Kubu dan SKMM amnya, mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di PI1M Padang Kubu dan menjadikan PI1M Padang Kubu sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

JOM KEMASKINI DANA RAYA TTB

Aktiviti Terkini | 16 April 2017

Aktiviti ini membantu komuniti untuk mengemaskini Bantuan Raya iDana TTB bagi rakyat Terengganu dan membantu penduduk sekitar tentang penggunaan teknologi terkini serta menjalinkan silaturrahim secara lebih erat diantara ahli-ahli baru dan juga ahli-ahli lama PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA PELAJAR LEPASAN SPM KAMPUNG PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2017

Program bersama pelajar lepasan spm diadakan pada 27 mac 2017di pusat internet 1 malaysia Padang Kubu. Program ini disertai oleh penduduk setempat iaitu pelajar sekolah yang telah menggambil SPM pada tahun lepas. Program ini dilakukan bagi menarik lebih ramai gologan belia lepasan sekolah untuk berkunjung di pusat internet 1malysia. Program ini juga memudahkan untuk golongan lepasan spm mencari peluang kerjaya di masa akan datang. Contohnya untuk mengisi online borang kemasukan ke university dan sebagainya....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 03 Februari 2017

Program gotong-royong yang dianjurkan bersama dengan JKKK padang kubu telah diadakan pada 03 febuari 2017. Program ini berlangsung di sekitar kawasan kampung dan pi1m padang kubu dan disertai semua penduduk setempat. Program ini dilakukan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pi1m terutama komuniti dikampung ini. ...baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN BERSAMA PENDUDUK PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Program bacaan yassin yang dianjurkan bersama dengan Wanita UMNO Padang Kubu telah diadakan pada 14 januari 2017. Program ini berlansung di PI1M Padang Kubu dan disertai kira kira 30 orang penduduk setempat. Program ini dilakukan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke PI1M terutama golongan wanita. Objektif program ini adalah untuk menperkenalkan lagi PI1M kepada penduduk setempat dan mengeratkan silaturahim antara penduduk dan pihak pengurusan PI1M....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti