Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama asal kampung Padang Kubu adalah Kampung Kubang Hulu. Nama kampung ditukar Padang Kubu setelah dibuka untuk perladangan kelapa sawit. Kampung Padang Kubu ini diterokai pada akhir tahun 1960an manakala perladangan dibuka pada awal tahun 1970an.

Buroh yang di ambil dari Kelantan dan orang yang tinggal di luar Bandar Negeri Terengganu. Di sini didirikan kilang kelapa sawit nombor dua terbesar di Malaysia. Selepas kilang sawit ini di dirikan, buroh-buroh dari Indonesia, Bangladesh dan Myamar di bawa masuk ke kampung Padang Kubu ini.

Sekarang di kampung Padang Kubu ini terdirinya sekolah rendah, asrama, pondok polis, klinik kerajaan dan yang terbaru perumahan rumah mampu milik yang dibina untuk penduduk tempatan disini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS USAHAWAN : ROTI GOLOK & MINI PIZZA

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2022

Program ini di jalankan bertujuan menggalakkan usahawan untuk lebih yakin dalam meningkatkan ekonomi masing-masing....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 2 Disember 2022

Program ini di adakan bagi mengeratkan silaturrahim antara staf PEDi dan juga komuniti setempat. Program ini di adakan sebagai satu penghargaan kepada ahli PEDi Padang Kubu terutama kanak-kanak yang menjadikan PEDi sebagai tempat rujukan maklumat....baca selanjutnya

PROGRAM TADIKA CERIA

Aktiviti Terkini | 14 November 2022

Program ini di adakan bagi mengeratkan silaturrahim antara staf PEDi, komuniti setempat dan juga agensi kerajaan. Selain itu, program ini dapat memberi informasi kepada komuniti setempat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang di sediakan di PEDi....baca selanjutnya

SANTAI ANAK MUDA, KKM BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Program ini di jalankan untuk memperkenalkan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi PEDi di masa akan datang....baca selanjutnya

KARNIVAL KOMUNITI CERIA

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Program ini di jalankan untuk memperkenalkan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi PEDi di masa akan datang. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan usahawan di bawah bimbingan PEDi kearah usahawan digital dengan memberi latihan khusus dan karnival jualan usahawan PEDi. ...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI SUKAN BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022

Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara staf PEDi, komuniti setempat dan juga agensi-agensi kerajaan. Selain itu, program ini dapat memberi informasi kepada komuniti setempat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang di sediakan di PEDi....baca selanjutnya

KARNIVAL TMBS DUN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 6-8 Oktober 2022

Program ini di adakan bagi mengeratkan silaturrahim antara staf PEDi, komuniti setempat dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, program ini dapat memberi informasi kepada komuniti setempat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang di sediakan di PEDi....baca selanjutnya

EXPLORACE KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Program ini di jalankan untuk membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing. Selain itu, program ini dapat menjalinkan kerjasama antara PEDi dan agensi kerajaaan....baca selanjutnya

TRASH TO CASH (KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA E-WASTE)

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Program ini di jalankan untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Selain itu, program ini mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa di Malaysia dan juga dapat menyemai semangat cintakan negara dan patriotisma dalam kalangan masyarakat di samping menghayati makna kemerdekaan melalui aktiviti pertandingan bertemakan kemerdekaan yang dianjurkan...baca selanjutnya

KURSUS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN SMART PHONE

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022

Program ini di jalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta khususnya untuk menjana pendapatan dan juga memberi pendedahan tentang asas fotografi....baca selanjutnya

PROGRAM SINGGAH SANTAI MEMBACA BERSAMA KOMUNITI KERTEH

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara staf PEDi, komuniti setempat dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, program ini dapat memberi informasi kepada komuniti setempat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang di sediakan di PEDi....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN KITAR SEMULA E-SISA

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2022

Program ini di adakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap kepentingan dalam pengendalian e-sisa dari isi rumah serta memastikan e-sisa yang di kumpul dan di kitar semula dengan lebih sistematik dan selamat....baca selanjutnya

KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA KEMAS KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 29 – 30 Mei 2022

Program ini di jalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta khususnya untuk menjana pendapatan dan juga memberi pendedahan tentang asas fotografi....baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PEDI KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2022

Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara Staf pedi, komuniti setempat dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta...baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Program ini bertujuan untuk memberi penghayatan tentang fadhilat bulan Ramadhan yang mulia dan juga penghayatan peristiwa Nuzul Al-Quran. Selain itu, program ini diselitkan dengan bacaan surah Al-Waqiah bagi memperolehi keberkatan Ramadhan....baca selanjutnya

PROGRAM INTERAKTIF KEMASKINI BANTUAN I-FITRI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2022

Program kemaskini ‘online’ Bantuan I-Fitri bersama PEDi Padang Kubu. Program ini di anjurkan bagi mewar-warkan kepada komuniti untuk memohon Bantuan I-Fitri secara percuma di PEDi Padang Kubu....baca selanjutnya

PROGRAM SAYANG KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2022

Program Sayang Komuniti di anjurkan untuk memupuk jalinan silaturrahim antara komuniti dengan staf PEDi di Kemaman. Program ini juga merupakan kolaborasi antara PEDi, KRT dan juga Perpustakaan Desa....baca selanjutnya

KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Program ini di jalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta khususnya untuk menjana pendapatan dan juga memberi pendedahan tentang asas fotografi untuk usahawan....baca selanjutnya

PROGRAM INTERAKTIF KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2022

Program kemaskini ‘online’ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bersama PEDi Padang Kubu. Program ini di anjurkan bagi mewar-warkan kepada komuniti untuk mengemaskini BKM secara percuma di PEDi Padang Kubu....baca selanjutnya

BENGKEL APLIKASI SHOPEE (CARA MEMBINA AKAUN PENJUAL)

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022

Bengkel Aplikasi Shopee di jalankan khusus untuk peserta yang baru menceburi bidang perniagaan dan yang baru berjinak dengan perniagan di Shopee. Peserta diajar cara mendaftar dan menjual di Shopee...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti