Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama asal kampung Padang Kubu adalah Kampung Kubang Hulu. Nama kampung ditukar Padang Kubu setelah dibuka untuk perladangan kelapa sawit. Kampung Padang Kubu ini diterokai pada akhir tahun 1960an manakala perladangan dibuka pada awal tahun 1970an.

Buroh yang di ambil dari Kelantan dan orang yang tinggal di luar Bandar Negeri Terengganu. Di sini didirikan kilang kelapa sawit nombor dua terbesar di Malaysia. Selepas kilang sawit ini di dirikan, buroh-buroh dari Indonesia, Bangladesh dan Myamar di bawa masuk ke kampung Padang Kubu ini.

Sekarang di kampung Padang Kubu ini terdirinya sekolah rendah, asrama, pondok polis, klinik kerajaan dan yang terbaru perumahan rumah mampu milik yang dibina untuk penduduk tempatan disini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM CYBERRUN EXPLORACE

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

Pengisian aktiviti cuti sekolah untuk kanak-kanak sekitar PEDi Kg Baru Kemasik...baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 26 November 2023

Memberi pendedahan penggunan komputer kepada kanak-kanak dan juga memberi pendedahan mengenai pengenalan komputer...baca selanjutnya

LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN BAHAGIAN KOORDINASI NEGERI MCMC KE PEDI KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 22 November 2023

Lawatan ke PEDi merupakan salah satu perkara yang dilaksanakan dalam agenda lawatan kerja MCMC bersempena dengan persediaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dalam memastikan liputan telekomunikasi dalam keadaan baik...baca selanjutnya

CELIK IT DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2023

Memberi pendedahan penggunan Microsoft Word kepada pelajar IKBN dan juga memberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak berfokuskan tajuk Buli Siber, Waspada atas Talian, Cyber Grooming dan Berita Palsu...baca selanjutnya

KARNIVAL CAKNA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 September 2023

Tujuan program ini di jalankan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara Malaysia di kalangan komuniti setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI MERDEKA

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2023

Tujuan program ini di jalankan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara Malaysia di kalangan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL : KELAS TEKNIK ASAS GUBAHAN

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2023

Program ini bertujuan menyediakan kemahiran dan teknik bagi menghasilkan gubahan yang kreatif dan menarik...baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia...baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Program ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan dan kursus yang terdapat di PEDi...baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN MUHIBAH JPKK BERSAMA KOMUNITI DENGAN KERJASAMA PEDI FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang apa itu Klik Dengan Bijak. Selain itu, peserta diberi pendedahan tentang kepentingan menggunakan internet secara berhemah....baca selanjutnya

PEDi CYBERTALK AT IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Program ini di jalankan untuk memberi penerangan tentang apa itu Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

HARI BERSAMA USAHAWAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 30 April 2023

• Program ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan di bawah bimbingan PEDi kearah usahawan digital dengan memberi latihan khusus dan mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penduduk kampung mendapatkan maklumat-maklumat terkini disamping memperluaskan pengetahuan dalam penguasaan internet untuk kegunaan seharian mereka....baca selanjutnya

PEDi CYBERTALK AT SMK KETENGAH JAYA

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023

Program ini di jalankan untuk memberi penerangan tentang apa itu Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

KELAS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2023

Program ini diadakan bagi memudahkan usahawan/peniaga di kampung Padang Kubu memiliki sijil Pengedali Makanan yang sah...baca selanjutnya

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA BERSAMA EYERIS OPTOMETRI

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

Program bersama komuniti ini di anjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Padang Kubu berkolaborasi dengan Eyeris Optometri Kemaman...baca selanjutnya

SEMINAR PENDIGITALAN USAHAWAN 2023

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2023

Program ini di jalankan untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi...baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANGGOL

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2023

Program ini di jalankan untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Selain itu, program ini mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan keburukan dan kelebihan media sosial, langkah-langkah untuk membendung gejala sosial terutama yang berlaku di kalangan remaja....baca selanjutnya

MINI KARNIVAL JUALAN AMAL PRELOVED

Aktiviti Terkini | 13-14 Januari 2023

Program ini dijalankan untuk membantu masyarakat daripada golongan asnaf yang memerlukan kelengkapan harian seperti pakaian bayi, pakaian dewasa lelaki dan perempuan, pakaian sekolah, beg tangan, kasut, dan lain – lain....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti