Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama asal kampung Padang Kubu adalah Kampung Kubang Hulu. Nama kampung ditukar Padang Kubu setelah dibuka untuk perladangan kelapa sawit. Kampung Padang Kubu ini diterokai pada akhir tahun 1960an manakala perladangan dibuka pada awal tahun 1970an.

Buroh yang di ambil dari Kelantan dan orang yang tinggal di luar Bandar Negeri Terengganu. Di sini didirikan kilang kelapa sawit nombor dua terbesar di Malaysia. Selepas kilang sawit ini di dirikan, buroh-buroh dari Indonesia, Bangladesh dan Myamar di bawa masuk ke kampung Padang Kubu ini.

Sekarang di kampung Padang Kubu ini terdirinya sekolah rendah, asrama, pondok polis, klinik kerajaan dan yang terbaru perumahan rumah mampu milik yang dibina untuk penduduk tempatan disini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


JOM KEMASKINI BRIM DI PI1M PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 05 - 31 Disember 2016

Program bersama komuniti pada bulan ini adalah“ JOM KEMASKINI BRIM DI PI1M PADANG KUBU”.Komuniti yang ingin mengemaskini atau pun membuat permohonan baru datang untuk mengemaskini brim mereka di pi1m padang kubu secara percuma. Program ini mendapat sambutan yang amat memuaskan dikalangan penduduk sekitar. Penduduk datang ke pi1m sepanjang tempoh program ini berlangsung.Program ini dapat mengeratkan perhubungan antara staff pi1m dan juga komuniti setempat....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM ADVOKASI PASCA PT3 @SMKSI & PASCA UPSR @SKKEMASEK

9 & 16 November 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Padang Kubu dengan kerjasama PI1M Binjai, PI1M Geliga, PI1M Bukit Kuang, PI1M Kg Bharu, dan PI1M Bukit Anak Dara telah mengadakan Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Sultan Ismail...baca selanjutnya

BENGKEL PEMBANGUNAN APLIKASI ROBOTIK DAN DRON

21 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Inisiatif Komuniti Pintar Kemaman, pihak MCMC akan menganjurkan Bengkel Pembangunan Aplikasi Robotik dan Dron (Train-the-Trainer) untuk melatih tenaga pengajar yang terpilih dari daerah Kemaman...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

TEKA SILANG KATA DAN MEMBINA PANTUN SEMPENA HARI MALAYSIA PADANG KUBU

18 September 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 september, pihak PI1M mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti sempena hari Malaysia. Kami telah melakukan aktiviti teka silang kata mengenai Malaysia....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA DAN PERTANDINGAN MELUKIS BENDERA DI PI1M PADANG KUBU

6 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan perayaan aidilfitri dan kemerdekaan, PI1M mengadakan sambutan merdeka raya di PI1M. Jamuan diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan aidilfitri...baca selanjutnya

HARI KEMAMAN KOMUNITI PINTAR

22 - 24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Komuniti Pintar Kemaman merupakan inisiatif daripada pihak MCMC yang bertujuan untuk mempromosikan inisiatif komuniti pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat......Baca Selanjutnya

MEMBUAT KAD UCAPAN HARI RAYA PI1M PADANG KUBU

30 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Jun 2016 Pusat Internet 1 Malaysia Padang Kubu telah membuat pertandingan membuat kad ucapan hari raya sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Ini bagi menyemakkan lagi semangat menyambut hari raya. Aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti para pelajar di samping memupuk semangat kerjasama dalam meyiapkan kad ucapan tersebut. Baca Selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M PADANG KUBU

28 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti pada bulan Mei ini Pusat Internet 1 Malaysia Padang Kubu dengan pihak Digi telah menggadakan hari terbuka PI1M. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut seperti sukaneka kanak-kanak dan orang dewasa, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, online game, pertandingan gubahan untuk wanita, jualan telefon oleh pihak digi dan lain-lain lagi. Baca Selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASIN BERSAMA WANITA

12 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program bacaan yasin bersama wanita di PI1M Padang kubu diadakan pada 12 march 2016. Program ini diadakan bagi mengalakkan wanita di padang kubu untuk datang ke PI1M selain memperkenalkan PI1M sebagai satu pusat komuniti disini. Baca Selanjutnya

BENGKEL #MYKOMUNITIKREATIF DI PI1M KG BARU KEMASIK

27 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Program Bengkel Mencipta Video #Mykomunitikreaatif‬ anjuran MCMC dengan kerjasama PI1M di daerah kemaman telah dijalankan pada 27/2/2016 (Sabtu) dari 9.00 pagi - 6.00 petang di PI1M Kg Baru Kemasik. Baca Selanjutnya

AKTIVITI MEMBUAT ORIGAMI

31 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti bulanan pada bulan Januari 2016 adalah membuat origami. Aktiviti ini disertai lebih kurang 20 orang peserta yang tinggal di kawasan sekitar pusat internat 1 malaysia padang kubu.Baca Selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

Lagi Berita & Aktiviti