Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama asal kampung Padang Kubu adalah Kampung Kubang Hulu. Nama kampung ditukar Padang Kubu setelah dibuka untuk perladangan kelapa sawit. Kampung Padang Kubu ini diterokai pada akhir tahun 1960an manakala perladangan dibuka pada awal tahun 1970an.

Buroh yang di ambil dari Kelantan dan orang yang tinggal di luar Bandar Negeri Terengganu. Di sini didirikan kilang kelapa sawit nombor dua terbesar di Malaysia. Selepas kilang sawit ini di dirikan, buroh-buroh dari Indonesia, Bangladesh dan Myamar di bawa masuk ke kampung Padang Kubu ini.

Sekarang di kampung Padang Kubu ini terdirinya sekolah rendah, asrama, pondok polis, klinik kerajaan dan yang terbaru perumahan rumah mampu milik yang dibina untuk penduduk tempatan disini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERADUAN KUMPUL & MENANG SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 01 - 30 Disember 2018

Program ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah dan memberi manfaat kepada diri mahupun keluarga dan masyarakat...baca selanjutnya

KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA (SUKAN RAKYAT)

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung tidak mengira kaum dan peringkat umur....baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA BERSAMA TABIKA KEMAS PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada Tabika Kemas Padang Kubu dan Pusat Internet Padang Kubu...baca selanjutnya

PROGRAM ASAS SOLEKAN BEAST TO BEAUTY SELFIE BERSAMA VIVO

Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2018

Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada Ameerah PAS Padang Kubu, Pusat Internet dan Digi Telecommunication Sdn Bhd....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN KASIH HARI WARGA EMAS

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Program ini diadakan bersempena dengan Hari Warga Emas pada 1 Oktober 2018. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan disamping memperingati mereka yang memerlukan....baca selanjutnya

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2018 “SAYANGI MALAYSIAKU”

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang “Sayangi Malaysiaku” anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman. Sebagaimana yang kita semua maklum, bulan lapan sinonim dengan bulan kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman telah mengadakan kempen kibarkan jalur gemilang bersama komuniti di Kampung Pasir Gajah. Kempen sambutan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana bagi memperingati keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Aktiviti utama program ini adalah mewarna bendera sepanjang lima meter dan logo ‘Sayangi Malaysiaku” dan bendera ini telah digantung & dikibarkan di Kampung Pasir Gajah....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di Pusat Internet atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran...baca selanjutnya

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA MUHIBBAH

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Sukan Kebudayaan dan Kesenian J3K Kampung Padang Kubu dengan kerjasama pihak pengurusan TDM Berhad (Kompleks Kemaman)....baca selanjutnya

AGIHAN SIM DIGI PERCUMA KEPADA PELADANG & BURUH KILANG TDM PLANTATION

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2018

Sebanyak 300 simkad percuma diagihkan kepada buruh kilang di Kemaman Palm Oil Mill (KPOM), pekerja Ladang Pelantoh Utara, Ladang Tebak, Ladang Jernih dan Ladang Air Putih....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Kluster Kemaman telah mengadakan majlis jamuan hari raya bertempat di Pusat Internet Kg Gong Chengal. Pelbagai program disediakan antaranya pengenalan PI, menjawab soalan kahoot klik dengan bijak, pengenalan kepada mobile ewaste, cabutan bertuah dan pelbagai game yang disediakan....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-HIJRAH

Aktiviti Terkini | 03 Jun 2018

Program ini mengagihkan Sumbangan Kuih Raya & Duit Raya kepada anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah....baca selanjutnya

DIY KAD RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2018

Para penduduk sekitar atau komuniti diberi pendedahan tentang fungsi dan aktiviti PI1M ditubuhkan di serata daerah Kemaman serta dapat memperkenalkan dan memudahkan pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan PI1M...baca selanjutnya

EKSPO PEMBANGUNAN KEMAMAN 2018

Aktiviti Terkini | 18 - 21 April 2018

Ekspo Pembangunan Kemaman 2018 yang berlangsung selama tiga hari memberi banyak manfaat kepada rakyat daerah Kemaman dan pengunjung yang hadir merangkumi pelbagai perkara termasuk aktiviti dan kisah kejayaan serta pembangunan negeri yang dipamerkan di karnival tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & 4U2C BERSAMA SEKOLAH PENDIDIKN KHAS SELURUH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Taklimat tentang penggunaan interenet secara selamat dan bijak kepada para pelajar Sekolah Pendidikan Khas seluruh Kemaman berserta guru pembimbing. Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti bersama pelajat iaitu membuat kolaj KDB....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK CHERUL

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2018

Program ini memberikan pendedahan tentang penggunaan interenet secara selamat dan bijak serta kesedaran kesan pembuangan sisa elektronik kepada para pelajar....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 08 Februari 2018

Program Advokasi & Dashboard Komuniti telah diadakan di Dewan Sri Suria, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik yang dianjurkan oleh Kluster Kemaman...baca selanjutnya

PROGRAM JOM BACA BUKU DAN CELIK IT

Aktiviti Terkini | 06 Februari 2018

Program Jom Baca Buku & Celik IT telah diadakan di INSPI Kemaman anjuran Majlis Perwakilan Pelajar INSPI (MPPI).Program ini turut dihadiri oleh Pustaka Awam Daerah Kemaman, Mohd Copier Serv & Trading Sdn Bhd (MCSB), Aman Palestin...baca selanjutnya

BACAAN YASSIN AWAL TAHUN

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2018

Program ini disertai golongan wanita, puteri dan ahli-ahli pusat internet yang datang membaca surah yassin bersama-sama penolong dan pengurus PI1M...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti