Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama asal kampung Padang Kubu adalah Kampung Kubang Hulu. Nama kampung ditukar Padang Kubu setelah dibuka untuk perladangan kelapa sawit. Kampung Padang Kubu ini diterokai pada akhir tahun 1960an manakala perladangan dibuka pada awal tahun 1970an.

Buroh yang di ambil dari Kelantan dan orang yang tinggal di luar Bandar Negeri Terengganu. Di sini didirikan kilang kelapa sawit nombor dua terbesar di Malaysia. Selepas kilang sawit ini di dirikan, buroh-buroh dari Indonesia, Bangladesh dan Myamar di bawa masuk ke kampung Padang Kubu ini.

Sekarang di kampung Padang Kubu ini terdirinya sekolah rendah, asrama, pondok polis, klinik kerajaan dan yang terbaru perumahan rumah mampu milik yang dibina untuk penduduk tempatan disini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL 3D SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019

Latihan ini mewujudkan masyarakat yang celik IT dan mahir dalam pengendalian komputer untuk urusan harian dan memacu peluang kearah menjadi usahawan...baca selanjutnya

PUSAT INTERNET SCHOOL BREAK ATTACK

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2019

Program pada kali ini merupakan program usahasama bersama unit Perpustakan Awam Daerah Kemaman (PADK). Pada edisi cuti sekolah kali ini, Pusat Internet bergabung di bawah kluster bagi menjayakan aktiviti Klik Dengan Bijak bersama pengunjung PADK....baca selanjutnya

PROGRAM SUKANEKA KRT CHERUL

Aktiviti Terkini | 08 November 2019

Program ini dianjurkan oleh Literasi Felda dengan kerjasama KRT Cherul dan Pusat Internet Felda Cherul yang disertai oleh staff, ibubapa dan muris berumur 4 hingga 6 tahun...baca selanjutnya

SUKAN RAKYAT SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Program sukan rakyat ini diadakan bagi memastikan ianya sentiasa diingati serta masyarakat khususnya generasi muda perlu tahu mengenai sukan rakyat supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Selain itu juga, program Sukan Rakyat ini sangat penting dijalankan oleh kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung tidak mengira peringkat umur. Sekaligus, bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR BAHARU BUKIT MENTOK

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2019

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2019

Hari Bersama Komuniti sangat penting bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 20 September 2019

Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk mewar-warkan kewujudan kemudahan Pusat Internet kepada penduduk sekitar dan sebagai atu langkah untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar dengan memperkenalkan fungsi serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan....baca selanjutnya

OH…MALAYSIAKU, ABAM BOMBA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

Program dimulakan dengan ketibaan pelatih, pelajar dan para jemputan ke program Oh Malaysiaku..Abam Bomba bertempat di PPDK Felda Cerul dengan dimulai dengan perarakan kemerdekaan. Seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Dasia binti Dollah, Pengerusi PPDK Felda Cerul merangkap Pengerusi GPW Felda Cerul, merangkap Pengerusi Gabungan GPW Felda Wilayah Terengganu. Program diteruskan dengan taklimat kelengkapan peralatan memadam kebakaran serta demonstrasi memadam kebakaran oleh pihak bomba, nyanyian lagi Negaraku, lagu Patriotik serta laungan merdeka. Seterusnya diteruskan dengan lagi aktivit permainan dan sukaneka serta penyampaian hadiah kepada para pemenang....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI PERPUSTAKAAN DAERAH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Daerah Kemaman dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Kemaman...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN - KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Kuang yang disertai oleh belia dan beliawanis, ibu tunggal, suri rumah dan peniaga online...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA KLUSTER KEMAMAN & PROGRAM MY HEALTH

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Program ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai program kesihatan My Health dan pemeriksaan percuma kepada pengunjung Selain itu, dapat mengeratkan lagi hubungan kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman disamping dapat beramah mesra dengan penduduk sekitar sempena jamuan hari raya....baca selanjutnya

AIDILFITRI DIRAI SEMPURNA SEADANYA

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2019

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Padang Kubu dengan kerjasama Tabika Kemas Padang Kubu yang disertai oleh murid-murid tabika, ibu bapa dan para pengunjung Pusat Internet Padang Kubu....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah semperna majlis bacaan yassin dan memberi sumbangan sempena bulan ramadhan. Program ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pusat internet yang terlibat terhadap komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN & SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI DESA

Aktiviti Terkini | 12 April 2019

Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit yang merbahaya serta memberi pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan. Selain itu juga, program ini amat penting dalam memberi peluang dan ruang Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO dalam memberi perkhidmatan, sumbangan serta melaksanakan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) secara langsung kepada komuniti khususnya. Sekaligus, dapat memastikan komuniti setempat peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul......baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK AYER PUTIH

Aktiviti Terkini | 10 April 2019

Program Advokasi diadakan bersama pelajar SMK Ayer Putih berkenaan keselamatan, etika berinternet, Mobile Ewaste & Check Your Label....baca selanjutnya

BENGKEL PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 31 Mac - 02 April 2019

Kursus Asas Grafik adalah anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman dengan kerjasama PKEM Kemas Daerah Kemaman. Bengkel ini dengan menggunakan medium perisian Adobe Photoshop....baca selanjutnya

Advokasi @ Program Jalinan Kasih 2

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2019

Program ini emberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesuatu program...baca selanjutnya

Kelas Usahawan - Cheese Tart & Fruit Tart

Aktiviti Terkini | 09 Februari 2019

Kelas ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli dan juga bukan ahli Pusat Internet...baca selanjutnya

Karnival Kijal Sejahtera 2019

Aktiviti Terkini | 24 - 26 Januari 2019

Program ini menjadi medium advokasi bagi Pusat Internet mendidik dan member kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber...baca selanjutnya

PROGRAM SAYANGI PUSAT INTERNET ANDA

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2019

Program ini adalah untuk bergotong-royong bersama ahli PI Padang Kubu dan juga bukan ahli untuk memastikan kebersihan, keceriaan dan kecantikan Pusat Internet...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA TAHUN BARU

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Majlis ini diadakan adalah untuk membacakan bacaan yasin sempena tahun baru semoga dirahmati Allah dan saling bermaafan antara petugas PI Padang Kubu dengan penduduk sekitar...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti